ASSALAMUALAIKUM SEMUA ~~
ok u'olls sume hari ney ak nak kongsi sikit la resepi cheese cake ney..
BAHAN-BAHAN :
300ml susu segar
110g mentega
6 keping keju kraf cheesedale
3 biji telur (asingkan putih and kuning)
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
sediakan 2 jenis loyang yang bersaiz kecil dan 1 lagi bersaiz besar sedikit.. sehinggakan boleh meletakkan loyang yang bersaiz kecil ke dalam loyang yang bersaiz besar. dan mempunyai ruang untuk meletakkan air ke dalam loyang yang bersaiz besar. (agak pening sikit ayat kot^^)
lepas itu, sapukan mentega di dalam loyang yang kecil dan alas dasarnya menggunakan aluminium foil ataupun kertas yang bersih .
panaskan ketuhar pasa suhu 160'C
CARA-CARA MEMBUAT KEK
step 1 :
- campurkan keju, susu dan mentega di dalam periuk , panaskan dengan api yang kecil dan kacau sehingga rata. (bancuhan yang pertama)
step 2 :
- pukul telur kuning sehingga berkrim
- masukkan tepung dan esen vanilla (kacau hingga rata)
- tuangkan bahan bancuhan yang no.1 sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan halus.
- ketepikan ~
step 3 :
- dlam mixer bowl : putar putih telur hingga berbuih.
- masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue yang kental dah apabila diciut menghasilkan puncak yang tajam.
step 4 :
- masukkan 1/2 bahagian meringue ke dalam bancuhan no.2 .
- kaup hingga rata dan tuang kembali adunan tadi ke dalam baki meringue dan gaul. (menggunakan kaedah kaup balik).
- tuang kesemua adunan ke dalam loyang yang kecil.
- letakkan loyang yang kecil berisi adunan kek tadi ke dalam loyang yang agak besar sedikit.
- tuangkan sedikit air panas ke dalam loyang yang besar tadi dan bakar selama 55 minit atau hingga kuning keemasan.
- cucuk menggunakan lidi atau pisau sekiranya ingin memastikan kek sudah cukup masak atau belum.
- apabila sudah siap , biarkan kek tadi berehat sehingga suam dan barulah keluarkan dari loyang tersebut. (jika tidak kek berkemungkinan akan melekat dan hancur)
step 5(decoration/topping ) :
- ikut suka hati.. kalau guna strawberry mesti sedap..
- tunggu kek sejuk dahulu sebelum dipotong.

No comments:
Post a Comment