Friday, March 15

kenapa kau stress SYIFA'?

Assalamualaikum. :)
hai pencinta dan dicinta..
now aku cuba nak senyum but i cant.. busy with LI and membuatkan aku stress sesangat.
actually, LI ney takde la buatkan aku tension tapi LAPORAN HARIAN dan LAPORAN AKHIR yang betul-betul dah buat aku fedup! ya Allah kuatkan lah aku untuk harungi semua cabaran dan dugaan ni.
sebelum LI, bukan main excited lagi aku tau. eeh bukan aku je.. mostly semua student yang nak LI memang akan excited kot. ye lah nak dapat experience baru lah katekan. gilek tak excited! tapi bler dah masuk macam-macam laa masalah timbul . okay aku STRESS!
masalah aku nak buat laporan harian adalah aku tak banyak keje untuk dibuat, yah since penyelia aku agak busy and dia susah nak duduk office. aku rasa sebulan sekali kot dia datang office. so aku diberi keje melalui phone u'olls. punya lah susah nak jumpa penyelia aku tu. dan sebab itu la i've nothing to write on my daily report. yup i admit aku dah banyak kali kelentong dalam daily report tu. keje yang aku tak buat pon, aku tulis. (orang kate ape? haa sekadar memenuhi laporan tu jadilah) .
masalah kedua aku.. aku tersangat lah tak reti nak buat laporan akhir ni. format dia yg belambak tu satu hal. macam mane nak buat tu satu hal.. ape aku nak tulis satu hal. dekat sape aku nak rujuk satu hal..
haa bukan main banyak persoalan yang dok berlega-legar kat dalam kepale otak aku ni.. 
aku hanya merujuk kepada kawan-kawan aku je laa. tu pon melalui phone.. oh maaan susahnye aku nak paham ape yang dorang terang.. jenis aku pulak, selagi aku tak nampak dengan mate kepale aku sendiri, selagi tu lah aku akan bertanye dekat orang sampai orang tu naik bosan n berangin la. haha. well thats me..
ha lagi satu laporan tu mestilah siap dalam 80-150 m/s .. ya Allah ape pulak aku nak tulis ni.. i've no idea. please someone help me.. banyak kan masalah aku? aah tolong lah sokong ketensionan aku ni ha.
tu lah kau syifa' , (mok hang hantaq hang pi mengaji, hang pi dok maen jaa.*ayat atun )
aah pepe pon kau kena kuat SYIFA' !! TRUST YOURSELF! yes!.
ok i need to go.
SEKIAN~

Monday, March 4

Cheese Cake


 ASSALAMUALAIKUM SEMUA ~~

ok u'olls sume hari ney ak nak kongsi sikit la resepi cheese cake ney..

BAHAN-BAHAN :

300ml susu segar
110g mentega
6 keping keju kraf cheesedale
3 biji telur (asingkan putih and kuning)
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
sediakan 2 jenis loyang yang bersaiz kecil dan 1 lagi bersaiz besar sedikit.. sehinggakan boleh meletakkan loyang yang bersaiz kecil ke dalam loyang yang bersaiz besar. dan mempunyai ruang untuk meletakkan air ke dalam loyang yang bersaiz besar. (agak pening sikit ayat kot^^)


lepas itu, sapukan mentega di dalam loyang yang kecil dan alas dasarnya menggunakan aluminium foil ataupun kertas yang bersih .
panaskan ketuhar pasa suhu 160'C

CARA-CARA MEMBUAT KEK
step 1 :

  • campurkan keju, susu dan mentega di dalam periuk , panaskan dengan api yang kecil dan kacau sehingga rata. (bancuhan yang pertama)
step 2 :


  •  pukul telur kuning sehingga berkrim
  • masukkan tepung dan esen vanilla (kacau hingga rata)
  • tuangkan bahan bancuhan yang no.1 sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan halus.
  • ketepikan ~ 
step 3 :
  • dlam mixer bowl : putar putih telur hingga berbuih.
  • masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue yang kental dah apabila diciut menghasilkan puncak yang tajam.

step 4 :

  • masukkan 1/2 bahagian meringue ke dalam bancuhan no.2 .
  • kaup hingga rata dan tuang kembali adunan tadi ke dalam baki meringue dan gaul. (menggunakan kaedah kaup balik).
  • tuang kesemua adunan ke dalam loyang yang kecil.
  • letakkan loyang yang kecil berisi adunan kek tadi ke dalam loyang yang agak besar sedikit.
  • tuangkan sedikit air panas ke dalam loyang yang besar tadi dan bakar selama 55 minit atau hingga kuning keemasan.
  • cucuk menggunakan lidi atau pisau sekiranya ingin memastikan kek sudah cukup masak atau belum.
  • apabila sudah siap , biarkan kek tadi berehat sehingga suam dan barulah keluarkan dari loyang tersebut. (jika tidak kek berkemungkinan akan melekat dan hancur)
step 5(decoration/topping ) :
  • ikut suka hati.. kalau guna strawberry mesti sedap.. 
  • tunggu kek sejuk dahulu sebelum dipotong.