Sunday, August 4

expression :)

its been a while since i spent my time here.. wah 4 more days before Eid.. cant wait!
hmmmmmmmm why im here???? i do think i cant keep it alone. i need to express it but i dont think i will express it to ma friends. hmm how to say huh...... (*__*)
okay somehow i feel like u've changed.. u're not my best friend that i really close now.. hmm maybe only me who kept thinking about it but u didnt changed at all.. am i too sensitive? hm i guess so.. i just want the old you.. did u know that i love u friend? thanks if u do not.. :(

Tuesday, June 4

MENCARI IDEA

Salam :)
dah lame jugak tak spent time kat sini.. hm mencari idea? actually, i dunno what to write so sambil menulis, sambil mencari idea ape yang hendak ditulis..
im in the middle of holiday now.. so menjadi kebiasaan kepada para student yang cuti untuk tidur makan tidur makan tidur makan tidur makan. especially aku. haha bukan main lagi aku janji dengan diri sendiri, cuti sem ni confirm aku nak on diet.
but now see lah sendiri bukan main berselera kau makan ye syifa' .
oh yeaa biasanya cuti2 macam ni aku akan dapat satu benda yang baru . guess what? XD
my new bias. lol sorry lah kengkawan sekalian. bila aku takde idea nak menulis maka k-idols adalah subjek utama akan aku kongsi bersama. kekeke
if sape nak muntah tu, dipersilakan.. baldi ade disediakan di belakang.
tengah2 cuti ni adalah mase untuk aku menonton drama, variety show dan melayan puas2 my fav group, song or whatever. trust me u dun get bored easily bcuz u ve smthg fun to do. u know what. kpop is smthg that we could call them as hobby? yup i admit.  well dah tanye aku kan, mestilah admit sesaje..hikss
haa kembali ke citer aku yg tadi. new bias? haha i got LEE TAEMIN! ok close citer.. mesti sume macam 'apahal lah budak ni, nak kena hantar hospital mungkin' . okay guys aku masih waras yekk xP
beberapa minggu lagi aku akan kembali ke Perak untuk meneruskan pengajianku sebagai pelajaaaaaaar POLY. yeayh. ohh malas nye tapi rindu nak jumpa kengkawan.. nak mandi bersama, makan bersama n semua bersama lah.
tapi ape yang aku risau skang ialah sem 5. uuh sem 5 uolls. gua dah kire sebagai senior tu / belar koler/
brier aah aku nak bajet jadi senior, eeer takot weaah senior senior jugak tapi belajar tu yang penting. makin nak habis makin susah olls subjek.. otteoke?
hmm takpe u need to have a change syifa'. dun be like before. be serious this time !! this is ur last chance!
yes! tapi mampukah aku? aku sendiri tak percaya dengan diri aku. i need my INSPIRATION. leetaemin can u be my inspiration? hikss okay stop stop
BYE BYE :)

                                        OFFICIALLY INCLUDED TO MY BIAS LIST ! hikss



Monday, April 8

terasa?

Salam :)

lately, aku lalui masa-masa yang sgt sukar bagi ak.. entah laa. aku sendiri tak sanggup nak hadapi tapi apekan daya terpaksa lah jugak laluinyaaa (ok gitu ha ayat aku.)
hm whatever laa . *pandang title* terasa?
aku bukan jenis cepat terasa atau kate lain nya aku agak berjiwa kering.. *oh sorry hang ingat aku ni bukan manusia ke takde perasaan lagsung? mestilah ade jugak perasaan terasa tu walaupun sebutir pasir besarnya*
yeah i admit that im not jenis orang yang terasa memanjang. malas aku nak ambik kisah pasal orang. im who im and never tried to be another person. im proud to be myself. yes thats me.
aku tak ambik kisah pasal orang? itu tak bermakna if member dalam masalah aku tak tolong langsung. no
senang cerita aku suka buat ape aku suke. and pliz jangan memandai nak aturkan hidup aku melainkan mak bapak aku sendiri..
hm i realized that i was so grateful to meet u ..aten, lily, atun, iera, iza.  thanks for being my best friends.
a members were very understanding and keep cheering me up.. yes u guys dear. even we all live far away.
and also thanks to my friends who have been with me since primary school or primary school. yes i was very appreciate it.

kesimpulan nya: aku bukan terasa cuma aku tiba-tiba tersedar yang mane member terbaik buatku, <3


Friday, March 15

kenapa kau stress SYIFA'?

Assalamualaikum. :)
hai pencinta dan dicinta..
now aku cuba nak senyum but i cant.. busy with LI and membuatkan aku stress sesangat.
actually, LI ney takde la buatkan aku tension tapi LAPORAN HARIAN dan LAPORAN AKHIR yang betul-betul dah buat aku fedup! ya Allah kuatkan lah aku untuk harungi semua cabaran dan dugaan ni.
sebelum LI, bukan main excited lagi aku tau. eeh bukan aku je.. mostly semua student yang nak LI memang akan excited kot. ye lah nak dapat experience baru lah katekan. gilek tak excited! tapi bler dah masuk macam-macam laa masalah timbul . okay aku STRESS!
masalah aku nak buat laporan harian adalah aku tak banyak keje untuk dibuat, yah since penyelia aku agak busy and dia susah nak duduk office. aku rasa sebulan sekali kot dia datang office. so aku diberi keje melalui phone u'olls. punya lah susah nak jumpa penyelia aku tu. dan sebab itu la i've nothing to write on my daily report. yup i admit aku dah banyak kali kelentong dalam daily report tu. keje yang aku tak buat pon, aku tulis. (orang kate ape? haa sekadar memenuhi laporan tu jadilah) .
masalah kedua aku.. aku tersangat lah tak reti nak buat laporan akhir ni. format dia yg belambak tu satu hal. macam mane nak buat tu satu hal.. ape aku nak tulis satu hal. dekat sape aku nak rujuk satu hal..
haa bukan main banyak persoalan yang dok berlega-legar kat dalam kepale otak aku ni.. 
aku hanya merujuk kepada kawan-kawan aku je laa. tu pon melalui phone.. oh maaan susahnye aku nak paham ape yang dorang terang.. jenis aku pulak, selagi aku tak nampak dengan mate kepale aku sendiri, selagi tu lah aku akan bertanye dekat orang sampai orang tu naik bosan n berangin la. haha. well thats me..
ha lagi satu laporan tu mestilah siap dalam 80-150 m/s .. ya Allah ape pulak aku nak tulis ni.. i've no idea. please someone help me.. banyak kan masalah aku? aah tolong lah sokong ketensionan aku ni ha.
tu lah kau syifa' , (mok hang hantaq hang pi mengaji, hang pi dok maen jaa.*ayat atun )
aah pepe pon kau kena kuat SYIFA' !! TRUST YOURSELF! yes!.
ok i need to go.
SEKIAN~

Monday, March 4

Cheese Cake


 ASSALAMUALAIKUM SEMUA ~~

ok u'olls sume hari ney ak nak kongsi sikit la resepi cheese cake ney..

BAHAN-BAHAN :

300ml susu segar
110g mentega
6 keping keju kraf cheesedale
3 biji telur (asingkan putih and kuning)
90g gula halus
110g tepung gandum
1 sudu teh esen vanilla
sediakan 2 jenis loyang yang bersaiz kecil dan 1 lagi bersaiz besar sedikit.. sehinggakan boleh meletakkan loyang yang bersaiz kecil ke dalam loyang yang bersaiz besar. dan mempunyai ruang untuk meletakkan air ke dalam loyang yang bersaiz besar. (agak pening sikit ayat kot^^)


lepas itu, sapukan mentega di dalam loyang yang kecil dan alas dasarnya menggunakan aluminium foil ataupun kertas yang bersih .
panaskan ketuhar pasa suhu 160'C

CARA-CARA MEMBUAT KEK
step 1 :

  • campurkan keju, susu dan mentega di dalam periuk , panaskan dengan api yang kecil dan kacau sehingga rata. (bancuhan yang pertama)
step 2 :


  •  pukul telur kuning sehingga berkrim
  • masukkan tepung dan esen vanilla (kacau hingga rata)
  • tuangkan bahan bancuhan yang no.1 sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga rata dan halus.
  • ketepikan ~ 
step 3 :
  • dlam mixer bowl : putar putih telur hingga berbuih.
  • masukkan gula halus dan putar hingga menjadi meringue yang kental dah apabila diciut menghasilkan puncak yang tajam.

step 4 :

  • masukkan 1/2 bahagian meringue ke dalam bancuhan no.2 .
  • kaup hingga rata dan tuang kembali adunan tadi ke dalam baki meringue dan gaul. (menggunakan kaedah kaup balik).
  • tuang kesemua adunan ke dalam loyang yang kecil.
  • letakkan loyang yang kecil berisi adunan kek tadi ke dalam loyang yang agak besar sedikit.
  • tuangkan sedikit air panas ke dalam loyang yang besar tadi dan bakar selama 55 minit atau hingga kuning keemasan.
  • cucuk menggunakan lidi atau pisau sekiranya ingin memastikan kek sudah cukup masak atau belum.
  • apabila sudah siap , biarkan kek tadi berehat sehingga suam dan barulah keluarkan dari loyang tersebut. (jika tidak kek berkemungkinan akan melekat dan hancur)
step 5(decoration/topping ) :
  • ikut suka hati.. kalau guna strawberry mesti sedap.. 
  • tunggu kek sejuk dahulu sebelum dipotong.